Monday, March 25, 2013

Showcase Prasekolah Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis


Pada 4hb Mac 2013 untuk pertama kalinya Prasekolah Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah mngadakan Pameran ‘Showcase’. Pameran ‘Showcase’ ini dijalankan selama dua hari bermula dari pukul 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Antara tujuan ‘showcase’ ini adakan ialah untuk memberikan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai dengan kegiatan murid-muird prasekolah sepanjang penggal pertama persekolahan. Ibu bapa boleh menyaksikan pameran hasil kerja murid, dapat mengikuti aktiviti seharian murid-murid dalam bilik darjah dan mengetahui kemahiran-kemahiran yang telah dicapai oleh anak-anak mereka serta memberi peluang ibu bapa untuk berinteraksi dan berbincang dengan guru-guru prasekolah mengenai dengan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Alhamdullilah sepanjang Pameran ‘Showcase’ ini dijalankan ibu bapa memberikan maklum balas yang positif tentang aktiviti-aktiviti seharian yang dijalankan di dalam bilik darjah. Ibu bapa juga berpuas hati dengan pameran hasil kerja anak-anak mereka dan  kagum dengan kebolehan anak-anak mereka dalam menyelesaikan kerja-kerja yang telah diberikan oleh guru darjah.













Oleh: Cikgu Honeymasyussneta bte Hj Sisa

No comments:

Post a Comment


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn