Wednesday, March 27, 2013

Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 29

Pada 25hb Februari 2013 telah diadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis. Acara dimulakan dengan perbarisan lalu murid-murid di Padang Mercury, dimulai oleh murid-murid PRA kemudian diikuti oleh murid-murid Tahun 1 sehingga tahun 6 sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan guru-guru kelas dan guru-guru subjek.








Acara diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan". Selepas itu bacaan Ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas Murid, Mohd Wahyudi bin Mohd Wafiuddin.  Acara sambutan hari kebangsaan disemarakkan lagi dengan nyanyian patriotik beramai-ramai.









Murid-murid dan Guru-guru seterusnya beredar ke Dewan Saturn untuk Acara Kuiz Hari Kebangsaan.



Para Hakim

Backdrop


Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Mulia Guru Besar, Cikgu Rasimah binti Haji Abang.



Para peserta Kuiz Hari Kebangsaan

No comments:

Post a Comment


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn