Wednesday, March 31, 2010

Pelancaran Bulan Matematik

30hb Mac 2010, selasa

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Safiah binti Hj Yakup, Guru Matematik Tahun 4 dan juga Guru Kanan Pentadbiran II.
Acara di teruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, Cikgu Hj M. Marali Bin Hj Abd. Karim dan seterusnya melancarkan bulan matematik. Kemudian persembahan nyanyian ’Place Value’ daripada murid murid tahun 6 dan tahun 3.



Wednesday, March 17, 2010

Fire Drill

18hb Mac 2010, Khamis.
8.30 pagi, SR. PB Limau Manis, Brunei IV

Hari ini Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah mengadakan latihan kebakaran (fire drill). Pada jam 8.30 pagi siren telahpun dibunyikan. Murid-murid dan guru-guru beratur dan segera beredar ke tempat perkumpulan pagi iaitu di depan dewan Saturn. Guru-guru menyemak kehadiran murid-murid. Penolong Guru Besar menyemak kehadiran guru-guru dan kakitangan sekolah di tempat perkumpulan (assembly point). Kemudian ahli-ahli bomba tiba dan memadamkan api.

Beberapa orang guru telah diarahkan memeriksa bilik-bilik darjah bagi memastikan tidak ada murid dan guru-guru serta kakitangan yang terperangkap dalam kejadian itu.

Selepas latihan dijalankan, taklimat ringkas telah disampaikan oleh salah seorang pegawai bomba. Masa diambil untuk berkumpul adalah kira-kira 4 minit. Objektif latihan pada hari ini adalah untuk mempersiapkan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan, mengenalpasti laluan selamat dan tempat berkumpul “assembly point”.


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn