Friday, October 8, 2010

Majlis Pertukaran Budaya

Hari Rabu, 6HB Oktober 2010

Persediaan untuk Persembahan Kebudayaan

6hb Oktober 2010, Rabu.

Pagi ini guru-guru dan murid-murid yang terlibat sibuk melakukan persediaan sebelum bertolak ke SM. Sharif Ali. Murid-murid dihias dan dipakaikan dengan baju-baju 7 puak asli yang terdapat di Brunei Darussalam. Mereka bertolak dari sekolah kira-kira jam 10 pagi menuju ke SM. Sharif Ali untuk latihan.


Hari Pertama Masuk Sekolah

6hb Oktober 2010, Rabu

Hari ini murid-murid dari Sekolah Rendah Johor memulakan hari mereka dengan perbarisan pagi bersama murid-murid sekolah ini. Kemudian mereka dijemput kehadapan untuk memperkenalkan diri. Kami difahamkan bahawa murid-murid ini adalah yang terpilih dan cemerlang daripada sekolah masing-masing. Seterusnya mereka dibawa untuk melakukan aktiviti pagi iaitu kempen kebersihan.

Monday, September 20, 2010

Monday, August 30, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Penyampain Sijil & Lencana Pengakap

Pada hari Isnin, 16hb Ogos 2010 telah diadakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli-ahli Tunas Pengakap 1076 SR.PB.Limau Manis Brunei IV. Penyampaian sijil dan lencana ini disempurnakan oleh Guru Besar sekolah, Cikgu Hj. M. Marali bin Hj. Abd. Karim.

Seramai 18 orang ahli Tunas Pengakap hadir menerima sijil dan lencana mereka. Sijil ini menandakan kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang.

Acara ditutup dengan Ikrar pengakap yang dibacakan oleh Mohd Nashrun Nadeem bin Hj. M. Marali dan doa dibaca oleh Mohd Asrarul Ariffin bin Hj. Mohd Noraidi.


Monday, August 2, 2010

Acara penutup Bulan Science dan Pelajaran Am

3hb Ogos 2010
Selasa



Acara dimulakan dengan persembahan dari murid-murid Tahun 4 dengan tajuk "Life Cycle of a Plant" disusuli dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang yang telah mengikuti aktiviti disepanjang bulan Science dan Pelajaran Am. Kemudian sijil-sijil disampaikan kepada murid-murid yang telah menyumbangkan anak-anak pokok untuk ditanam di dalam Eco-Garden.

Bulan Science dan Pelajaran Am ditutup dengan rasminya oleh Guru Besar sekolah ini.

Pelancaran Taman Mini Budaya Puak Asli Brunei





31hb Julai 2010, Sabtu

Sekolah ini telah melancarkan Taman Mini Budaya Puak Asli Brunei yang telah diusahakan bersama oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Awg Mohd Amirul Ariffin bin Hj Noraidi dari tahun 6A. Seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar. Pelancaran Taman Mini Puak Asli Brunei telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis iaitu Cikgu Hj Zulkifli bin Hj Ladis, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah dengan menunu ugan. Sijil-sijil penghargaan kepada guru-guru dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Taman Mini telah disampaikan oleh tetamu kehormat.

Acara diteruskan dengan persembahan tarian asli Brunei daripada murid-murid tahun 4 dan 5. Setelah itu tetamu kehormat dan para jemputan dibawa melawat ke rumah-rumah 7 puak asli brunei.

Lawatan sambil belajar ke Syarikat Norasyraf

21hb Julai 2010 Rabu


Perkembangan Staf kali ini telah dijalankan dengan sesi lawatan sambil belajar ke Syarikat Nor Asyraf bertempat di jalan Ban 4 kampong Kilanas.
Ketibaan guru-guru dan kakitangan telah dialu-alukan oleh pengurus perusahaan iaitu Awang Haji Othman Bin Lamit.

Taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan perusahaan telah sampaikan oleh pengurus. Sejurus selepas itu guru-guru dan kakitangan telah dibawa melawat proses pembuatan kerupuk udang yang mana bahan utamanya adalah tepung kanji dan udang segar.

Monday, July 12, 2010

Perjumpaan bersama Ibu Bapa murid PSR

12HB Julai 2010

Perjumpaan ini bermula dengan penerangan daripada Guru Besar mengenai prestasi murid-murid PSR SRPB Limau Manis dari awal tahun 2010 hingga Jun 2010 diikuti dengan ceramah kaunseling yang disampaikan oleh Cikgu Hj Sahadani bin Hj Asmat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Kementerian Pendidikan.

Guru-guru matapelajaran PSR juga mengadakan sesi kongsisama mengenai keputusan peperiksaan ujian mingguan dan pertengahan tahun disamping memberikan sedikit nasihat untuk persediaan anak-anak mereka menghadapi PSR.

Monday, July 5, 2010

Pelancaran Bulan Science dan Pelajaran Am

Isnin, 5hb Julai 2010.

Hari ini telah berlangsung pelancaran Bulan Matapelajaran Science dan Pelajaran Am. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar sekolah, Cikgu Hj. M. Marali bin Hj. Abd. Karim. Majlis diselajurkan dengan penanaman pokok limau kasturi oleh Guru Besar, diikuti dengan Penolong Guru Besar dan seterusnya ketua unit Science iaitu Cikgu Safiah binti Hj. Yakup.

Acar diteruskan dengan persembahan nyanyian dari murid murid tahun 2. Acara diakhiri dengan persembahan mari bercerita daripada murid tahun 3B, Nurarifah Aniqah binti Azhar dengan tajuknya 'Water'. Setelah itu pihak sekolah menyampaikan cenderahati kepada murid berkenaan sebagai pembakar semangat bagi murid murid lain untuk berani tampil kehadapan
.

Monday, May 31, 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris

Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris ini di lancarkan oleh Guru Besar sekolah pada hari Isnin 3hb Mei 2010. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar dan seterusnya melancarkan bulan bahasa Inggeris.

Acara di teruskan dengan persembahan daripada murid-murid Tahun 1 yang mempersembahkan sebuah nyanyian bertajuk "Days of the Week" manakala murid-murid Tahun 2 menyanyikan "My friend's name".

Penutup Bulan Matematik

Wednesday, April 28, 2010

Monday, April 19, 2010

Wednesday, March 31, 2010

Pelancaran Bulan Matematik

30hb Mac 2010, selasa

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Safiah binti Hj Yakup, Guru Matematik Tahun 4 dan juga Guru Kanan Pentadbiran II.
Acara di teruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, Cikgu Hj M. Marali Bin Hj Abd. Karim dan seterusnya melancarkan bulan matematik. Kemudian persembahan nyanyian ’Place Value’ daripada murid murid tahun 6 dan tahun 3.




Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn