Wednesday, September 30, 2009

Tahniah.

Jabatan Penerangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menganjurkan pertandingan Sudut ASEAN diantara sekolah-sekolah rendah seluruh negara. Hakim-hakim telah dilantik bagi menghakimi sekolah-sekolah yang turut serta dalam mengendalikan sudut-sudut ASEAN. Sekolah ini berserta beberapa buah sekolah-sekolah lain di kawasan Brunei IV telah tidak ketinggalan dalam mengikuti pertandingan ini. Hakim-hakim dengan sebulat suara telah memilih Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis sebagai pemenang yang mana akan mewakili Kawasan Brunei IV dalam pertandingan Sudut ASEAN senegara yang akan diadakan di Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam pada 14hb Oktober 2009 akan datang.
Guru Besar sekolah ini tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru diatas usaha-usaha dalam membisaikan sudut ASEAN sehingga kejayaan ini dapat diraih.

Sunday, September 27, 2009

Saturday, September 12, 2009

Majlis Nuzul al-Quran Sekolah Rendah Panglima Barudin

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah mengadakan dua majlis secara serentak iaitu sembahyang hajat bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan PSR nanti dan majlis doa menolak bala H1N1 dan tahlil.

Majlis itu yang diadakan bersempena sambutan Nuzul al-Quran turut serta dimeriahkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sekolah berkenaan yang diadakan di Dewan Sekolah tersebut.

Kira-kira 320 orang guru dan murid menghadirinya dan ia dimulakan dengan sembahyang hajat, doa hajat dan doa peperiksaan, doa H1N1 dan tahlil yang dipimpin oleh Haji Norshamli Haji Salat.

Selepas tahlil, majlis di teruskan lagi dengan penyampaian derma kepada tiga orang anak-anak yatim Sekolah Rendah Panglima Barudin yang di sampaikan oleh Cikgu M.Marali Haji Abd Karim, Guru Besar SR Panglima Barudin Limau Manis. Acara diakhiri dengan bacaan doa oleh Haji Norshamli.

*Dipetik dari Media Permata


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn