Monday, March 25, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan rahmat serta izin Nya jua, pada tahun ini Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis, kawasan Brunei IV telah menyempurnakan Majlis sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434H/2013M.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Saturn Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis pada hari Khamis, 19 Rabiul awal 1434H bersamaan dengan 31 Januari 2013M, yang juga merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah rendah ini.

Majlis ini dihadiri oleh Guru-Guru, kakitangan dan murid-murid SRPBLM. Sekolah juga mengundang penceramah khas iaitu Imam Haji Makshud bin Haji Malik, yang mana beliau merupakan Imam Masjin RPN Kampung Perpindahan Mentiri.

Aturcara majlis

7.30 pagi - Guru-guru dan murid-murid masuk ke Dewan saturn
8.00 pagi - membaca Surah Yaasin dan Tahlil
9.00 pagi - Bacaan Selawat daripada murid-murid tahun 5A dan 5B
9.30 pagi - Persembahan bacaan Selawat melalui lagu Nasyid daripada murid-murid Tahun 3 dan 4
10.00-10.30 pagi - REHAT
10.30 pagi - kehadiran Penceramah khas
11.30 pagi - Dikir Assalai dan Marhaban daripada murid-murid Tahun 6A dan 6B
12.00 tgh - Doa keatas Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam
majlis Bersurai

Alhamdulillah, Majlis Sabutan maulidur rasul ini telah dapat disempurnakan dengan lancar dan teratur. Insya Allah, majlis ini akan dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Akhirnya, Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penceramah undangan, Guru Besar Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis, Guru-Guru, kakitangan dan kepada sesiapa saja yang telah terlibat dalam apa jua bentuk, bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1434H/2013M. Semoga usaha serta sumbangan ikhlas abiskita akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah Subahanahu Wa'taala jua. Amin.

Oleh: Ustazah Masyitah binti Hj Abahat

No comments:

Post a Comment


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn