Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Sambutan Malidur Rasul telahpun diadakan pada Hari Khamis,9hb Februari 2012.
Acara dimulakan dengan perkumpulan di Padang Mini Sekolah. Murid-murid dan guru-guru lelaki berkumpul dipadang dan bersedia untuk mengelilingi padang. Murid perempuan yang terpilih bersama guru-guru perempuan membacakan dikir di Grand Stand.

Setelah selesai acara beralih ke Dewan Saturn. Guru-guru dan murid-murid membaca Surah Yassin dan bertahlil diketuai oleh Ustaz Hj Norshamli bin Hj Salat.

Acara diteruskan dengan ceramah ringkas daripada Ustaz Mahadi yg berkisar tentang cerita Nabi Muhammad S.A.W.

Diakhir acara Guru Besar berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada penceramah pada pagi itu.




Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn