Saturday, September 12, 2009

Majlis Nuzul al-Quran Sekolah Rendah Panglima Barudin

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah mengadakan dua majlis secara serentak iaitu sembahyang hajat bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan PSR nanti dan majlis doa menolak bala H1N1 dan tahlil.

Majlis itu yang diadakan bersempena sambutan Nuzul al-Quran turut serta dimeriahkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sekolah berkenaan yang diadakan di Dewan Sekolah tersebut.

Kira-kira 320 orang guru dan murid menghadirinya dan ia dimulakan dengan sembahyang hajat, doa hajat dan doa peperiksaan, doa H1N1 dan tahlil yang dipimpin oleh Haji Norshamli Haji Salat.

Selepas tahlil, majlis di teruskan lagi dengan penyampaian derma kepada tiga orang anak-anak yatim Sekolah Rendah Panglima Barudin yang di sampaikan oleh Cikgu M.Marali Haji Abd Karim, Guru Besar SR Panglima Barudin Limau Manis. Acara diakhiri dengan bacaan doa oleh Haji Norshamli.

*Dipetik dari Media Permata

No comments:

Post a Comment


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn