Monday, August 24, 2009

Awang Mohd Amirul juara Peraduan Azan Subuh

Oleh Hjh Saemah Zulkefli

Isteri Pegawai Daerah Belait Dr Hajah Jamilah Haji Yusof menyampaikan hadiah kepada juara Peraduan Azan Subuh serta Doanya bagi murid lelaki.

KUALA BELAIT, Selasa - Awang Mohd Amirul Ariffin Haji Noraidi dari Sekolah Rendah Panglima Barudin, Limau Manis menjuarai Peraduan Azan Subuh serta Doanya bagi Murid Lelaki manakala tempat kedua disandang Awang Muhammad Taufiq Aiman Haji Hishamuddin dari Sekolah St Andrew dan Awang Mayzrel Eizran Masran dari Sekolah Rendah Katuk A mendapat tempat ketiga.

Seramai 18 peserta menyertai Peraduan Azan Subuh Serta Doa dan Hafalan Ayat-ayat Lazim bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta Peringkat Senegara 2009 yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin dekat sini hari ini.

Sementara itu johan Peraduan Membaca Ayat Lazim bagi murid perempuan dimenangi Dayangku Amal Zahirah Pengiran Haji Jofri dari Sekolah Rendah Pulaie, Brunei IIA, naib johan Dayang Nur Syakirah Haji Aminuddin dari Sekolah Rendah RKN Bukit Beruang, Tutong dan tempat ketiga ialah Dayang Haifa Hamizah Rosli dari Sekolah Rendah Puni, Temburong.

Dari jumlah penyertaan itu sembilan peserta adalah murid lelaki dan sembilan lagi murid perempuan yang mewakili 17 buah sekolah di sembilan kawasan seluruh negara.

Peraduan anjuran Jabatan Kokurikulum Daerah Belait dan dikendalikan oleh Sekolah Ahmad Tajuddin Kuala Belait itu antara lain untuk mendidik murid supaya menanamkan semangat cintakan al-Quran ketika mereka masih di alam persekolahan serta menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai salah satu budaya yang wajib diutamakan. Penyampaian hadiah disempurnakan isteri Pegawai Daerah Belait, Dr Hajah Jamilah Haji Yusof.

*Dipetik dari Media Pemata 19 Ogos 2009

No comments:

Post a Comment


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn