Penyampaian cenderahati kepada Guru-guru SRPB Limau Manis yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Sedang asyik menikmati juadah yang tersedia daripada negara THAILAND. NASI GORENG NENAS yang menyengat dan ICE CREAM DURIAN.
Oleh H Bat & Zai
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Sekolah Rendah Panglima Barudin hari ini mengadakan festival mini makanan negara-negara ASEAN di Dewan Saturn sekolah itu.
Festival dihasratkan untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai jenis makanan dan minuman negara-negara ASEAN khususnya kepada murid-murid, ibu bapa serta pelawat-pelawat.
Hadir bagi merasmikan pelancaran festival mini makanan-makanan ASEAN ini ialah pegawai Pelajaran (Pr8), Hajah Siti Mahrum Haji Abd Halim selaku wakil pegawai pelajaran kanan Daerah Brunei IV, Hajah Kamariah Haji Ibrahim.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Norshamli Haji Salat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, M.Marali Haji Abd Karim yang antara lain memberikan penghargaan kepada guru-guru yang menyumbangkan tenaga, masa atau wang ringgit semata-mata untuk menyediakan dan menjayakan festival mini makanan-makanan negara ASEAN ini.
Seterusnya majlis pelancaran festival mini makanan-makanan ASEAN dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada guru-guru yang menyertai festival ini oleh Hajah Mahrum.
Acara kemuncak ialah semua yang hadir berpeluang untuk menikmati berbagai-bagai jenis makanan dan minuman negara-negara ASEAN yang disediakan di sudut-sudut ASEAN yang dipamerkan di majlis itu.
*Dipetik dari Media Permata Online.
No comments:
Post a Comment