Monday, February 8, 2010

Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

8hb Februari 2010, Isnin.
Pada hari ini Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telahpun mengadakan pelancaran Bulan Bahasa Melayu. Majlis ini dilancarkan secara rasminya oleh Penolong Guru Besar, Cikgu Hj Safwan bin Abdullah Teo. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penolong Guru Besar. Kemudian persembahan daripada murid-murid Tahun 1A dan 1B. Seterusnya murid-murid Tahun 3A membawa sepanduk yang membawa perkataan BULAN BAHASA MELAYU di iringi dengan letupan confetti. Bulan Bahasa Melayu ini akan diadakan aktiviti seperti menjawab soalan-soalan peribahasa, bandingan semacam dan banyak lagi. Murid-murid rendah bawah akan menjawab soalan pada Hari Isnin manakala murid-murid rendah atas akan menjawab soalan pada hari Rabu.

Bulan Bahasa Melayu ini diketuai oleh Cikgu Mohd Noorhafiz bin Abdullah dan ahli-ahli unit Bahasa Melayu.


No comments:

Post a Comment


Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn