Sunday, May 24, 2009

Festival mini makanan negara ASEAN di SR Panglima Barudin



Guru Besar memberikan kata alu-aluan sebelum mini festival di lancarkan


Cikgu Hjh Siti Mahrum melancarkan Mini Festival Makanan-makanan ASEAN di perhatikan oleh Guru Besar.





Penyampaian cenderahati kepada Guru-guru SRPB Limau Manis yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.




Penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat, Cikgu Hjh Siti Mahrum Binti Hj Abd Halim.



Para Jemputan terdiri daripada Guru-guru besar dan Penolong guru besar.


Sedang asyik menikmati juadah yang tersedia daripada negara THAILAND. NASI GORENG NENAS yang menyengat dan ICE CREAM DURIAN.



Duduk bersila menikmati AMBUYAT dari BRUNEI.



Juadah dari Negara SINGAPURA yang terkenal dengan LONTONG.



Juadah yang tersedia khas daripada CAMBODIA. BANANA SMOOTHIE yang tersedia boleh menghilangkan dahaga.


Negara MALAYSIA apa kurangnya dengan RENDANG TOK dan BUBUR CHA CHA yang sedap.



LAOS dengan tema THE GOLDEN LAND. Berkilauan memukau mata yang memandang.



INDONESIA yang terkenal dengan NASI AYAM PENYET dan DENDENG BELADO. Pedas hingga berpeluh.


Oleh H Bat & Zai

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Sekolah Rendah Panglima Barudin hari ini mengadakan festival mini makanan negara-negara ASEAN di Dewan Saturn sekolah itu.

Festival dihasratkan untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai jenis makanan dan minuman negara-negara ASEAN khususnya kepada murid-murid, ibu bapa serta pelawat-pelawat.

Hadir bagi merasmikan pelancaran festival mini makanan-makanan ASEAN ini ialah pegawai Pelajaran (Pr8), Hajah Siti Mahrum Haji Abd Halim selaku wakil pegawai pelajaran kanan Daerah Brunei IV, Hajah Kamariah Haji Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Norshamli Haji Salat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, M.Marali Haji Abd Karim yang antara lain memberikan penghargaan kepada guru-guru yang menyumbangkan tenaga, masa atau wang ringgit semata-mata untuk menyediakan dan menjayakan festival mini makanan-makanan negara ASEAN ini.

Seterusnya majlis pelancaran festival mini makanan-makanan ASEAN dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada guru-guru yang menyertai festival ini oleh Hajah Mahrum.

Acara kemuncak ialah semua yang hadir berpeluang untuk menikmati berbagai-bagai jenis makanan dan minuman negara-negara ASEAN yang disediakan di sudut-sudut ASEAN yang dipamerkan di majlis itu.

*Dipetik dari Media Permata Online.




Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn