Sunday, July 5, 2009

Sekolah di buka semula

Hari ini Isnin 6hb Julai 2009, sekolah-sekolah rendah telahpun dibuka semula. Pemantauan murid-murid telahpun dilakukan pada pagar utama sekolah. Guru-guru diarahkan untuk memantau suhu badan murid-murid dan guru-guru sebelum masuk ke kawasan sekolah. Sekolah ini dibekal kan dengan 3 alat penyukat suhu badan.

Sesetengah murid-murid hadir dengan menggunakan penutup mulut. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang prihatin. Hari ini tidak ada seorang pun murid-murid yang hadir mempunyai suhu badan melebihi dari yang ditetapkan.

Mudah-mudahan penyakit Influenza A H1N1 ini akan reda.

Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn