Tuesday, June 16, 2009

2nd Term Holiday

Pada hari terakhir persekolahan, sekolah ini mengadakan senamrobik, kempen kebersihan dan kuiz untuk guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.

Friday, June 12, 2009

ASEAN Costume

Pada 10 dan 11 Jun Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah mengadakan pesta baju-baju ASEAN. Pesta ini penuh warna warni dengan model-model cilik menggayakan baju-baju ASEAN. Kemeriahan dapat dirasakan oleh guru-guru dan murid-murid yang berpusu-pusu melihat model-model yang menggayakan baju-baju ASEAN. Setiap negara dengan model-model mereka yang tersendiri. Murid-murid ini telah pun dipilih terlebih awal oleh guru-guru bagi setiap sudut ASEAN. Guru-guru sekolah ini amat berdedikasi dengan pesta ini, lihatlah saja hasilnya.

Wednesday, June 3, 2009

Majlis perpisahan Guru-guru bersara, berpindah dan tamat latihan mengajar.

Pada 30hb Mei 2009 yang lalu, Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah mengadakan satu majlis bagi meraikan persaraan guru-guru dan kakitangan, guru berpindah dan guru pelatih yang menamatkan kursus latihan mengajar. Bertempat di Hotel Jeruton yang terletak di Kg. Jerudong. Acara dimulakan pada jam 2.30 ptg.


Monday, June 1, 2009

Lawatan Ke Muzium Brunei

Pada 30hb Mei 2009, murid-murid rendah bawah dibawa melawat ke Muzium Brunei. Rombongan diketuai oleh Cikgu Noridah Bte Haji Mohammad. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada sejarah Brunei iaitu Salasilah Raja-raja Brunei dan peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku di negara kita.


Program Mencuci Tangan

Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telahpun mengadakan Program Mencuci Tangan yang dikendalikan bersama oleh Cikgu Safiah binti Haji Yakub dan Cikgu Haji Firdaus bin Haji Suhaili.
Program ini menekankan kebersihan diri murid-murid untuk menghindari daripada penyakit yang berjangkit seperti Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dan Selesema A H1N1 (Influenza A H1N1).
Sebelum murid melakukan aktiviti praktikal mencuci tangan, penerangan tentang matlamat, objektif dan cara yang betul untuk mencuci tangan dengan sabun telah di sampaikan oleh Guru pengendali. Kemudian barulah murid-murid mempraktikkan cara yang betul mencuci tangan dengan sabun.


Penerangan di sampaikan oleh guru pengendali.


Murid mengambil sabun pencuci tangan.
Murid-murid melakukan praktikal mencuci tangan dengan guru pengendali.

Selepas menggunakan sabun murid-murid mencuci tangan dengan air yang bersih.
Sekarang giliran murid-murid perempuan.
Sedang melakukan langkah-langkah mencuci tangan dengan betul.

Mencuci tangan dengan air.


Terakhir sekali ialah mengeringkan tangan menggunakan tisu yang bersih.














Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn