Pada 14hb Oktober 2009, pameran sudut ASEAN telahpun diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam. Terlibat dalam pameran ini ialah sekolah-sekolah yang telah memenangi tempat pertama pertandingan sudut ASEAN peringkat kawasan. Undian telahpun diadakan untuk memilih negara-negara yang akan dipamerkan. Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah diundi untuk mempamerkan Negara Filipina.
Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Eusoff Agaki bin Haji Ismail. Beliau telahpun berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
untuk membaca dengan lebih lanjut sila klik disini
No comments:
Post a Comment