Monday, November 9, 2009

Majlis Kesyukuran, Meraikan Pertukaran Penolong Guru Besar dan Persaraan Kakitangan Sekolah Serta Sambutan Hari Guru SR P.B. Limau Manis

Pada hari Sabtu, 7hb November 2009 sekolah telah mengadakan Majlis Kesyukuran, Meraikan Pertukaran Penolong Guru Besar dan Persaraan Kakitangan Sekolah Serta Sambutan Hari Guru Sekolah Rendah P.B. Limau Manis. Sambutan di adakan di Millenium Restaurant Gadong. Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Pemangku PPKD Brunei IV Cikgu Hjh serta beberapa orang pegawai -pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah oleh Ustaz Hj Norshamli bin Hj Salat kemudian diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, Cikgu Hj. M. Marali bin Hj Abd Karim, Guru Besar sekolah. Majlis kemudian menjemput guru dan kakitangan yang diraikan untuk memberi ucapan dan seterusnya penyampaian cenderahati.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada semua guru-guru sekolah sempena Sambutan Hari Guru. Penyerahan anugerah juga diberikan kepada guru-guru yang terpilih.

Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn