Sunday, October 18, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada Sabtu 17hb Oktober 2009, sambutan hari raya diadakan di dewan sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah di ketuai oleh Ustaz Hj Norshamli bin Hj Salat. Diikuti dengan ucapan dari Guru Besar, Cikgu Hj. M. Merali bin Hj. Abd Karim dan seterusnya merasmikan acara sambutan hari raya ini dengan letupan mercun.

Seterusnya persembahan nyanyian dari murid-murid PRA, murid-murid tahun 3. Murid-murid tahun 5 mempersembahkan tarian Joget hari raya. Manakala murid-murid tahun 6 menyanyikan lagu Seloka Hari Raya.

Acara kemuncak ialah persembahan nyanyian beramai daripada semua guru-guru sekolah ini. Seterusnya ialah acara menikmati jamuan. Murid-murid pun turut sama menikmati hidangan yang murid-murid bawa dari rumah.

Wednesday, October 14, 2009

Ceremony on ASEAN corner competition an IT animated ASEAN Culture Competition













Pada 14hb Oktober 2009, pameran sudut ASEAN telahpun diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam. Terlibat dalam pameran ini ialah sekolah-sekolah yang telah memenangi tempat pertama pertandingan sudut ASEAN peringkat kawasan. Undian telahpun diadakan untuk memilih negara-negara yang akan dipamerkan. Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah diundi untuk mempamerkan Negara Filipina.
Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Eusoff Agaki bin Haji Ismail. Beliau telahpun berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

untuk membaca dengan lebih lanjut sila klik disini

Contact Us

School Email: srpblimaumanis@moe.edu.bn